PIHAK berkuasa pilihan raya Venezuela berkata majoriti pengundi dalam referendum yang tidak mengikat menyokong tuntutan negara itu ke atas sebahagian besar kawasan di negara jiran Guyana, yang kaya dengan minyak.
Menurut keputusan tidak rasmi, 96% pengundi menyokong Referendum Perpaduan untuk menuntut kedaulatan ke atas wilayah Essequibo, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan presiden Majlis Pilihan Raya Kebangsaan Elvis Amoroso.
Amoroso berkata 10.5 juta daripada 20.7 juta pengundi Venezuela mengambil bahagian dalam referendum itu.
Essequibo ditadbir oleh Guyana tetapi Venezuela menuntutnya berdasarkan perjanjian 1966. – Bernama, 4 Disember, 2023.
Komen