KAUNTER pengurangan kadar kompaun polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dibuka sempena sambutan ulang tahun pertama kerajaan madani yang akan berlangsung tiga hari bermula Jumaat.
Pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah, Program Cuti Guru dan wang yang tidak dituntut akan turut dibuka.
Sambutan akan diadakan di tempat letak kereta terbuka Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan turut diadakan pameran pelbagai aset milik Angkatan Tentera Malaysia, Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Sementara itu, Profesor madya Law Teik Hua dari Universiti Putra Malaysia berkata polis dan JPJ perlu berhenti menawarkan potongan kepada saman yang dikeluarkan kepada pesalah trafik.
Katanya kepada sebuah akhbar berbahasa Melayu, amalan itu akan hanya menyebabkan pengguna jalan raya tidak menghormati undang-undang.
“Malaysia satu-satunya negara yang beri diskaun seperti itu. Saya tidak pernah dengan negara lain beri diskaun terhadap saman. Negara jiran kita pun tidak buat begtiu,” katanya.
Pada 2019, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata diskaun tidak akan ditawarkan lagi, tetapi Bukit Aman berkata tanpa skim diskaun itu, polis tidak dapat mengutip pendapatan. – 4 Disember, 2023.
Komen