KYIV mendakwa Russia melakukan jenayah perang semalam dengan menghukum bunuh tentera Ukraine yang memberikan isyarat untuk menyerah kalah.
Video pendek dimuat naik di aplikasi Telegram menunjukkan dua lelaki keluar dari tempat berlindung, dengan salah seorang mengangkat tangan di kepalanya, sebelum tiarap di tanah di depan sekumpulan tentera lain.
Ia kemudian diikuti dengan bunyi tembakan dan asap sebelum video itu ditamatkan tiba-tiba rakamannya.
Rakaman tanpa tarikh itu disiarkan di rangkaian sosial dikatakan direkod di Avdiivka, bandar di timur Ukraine di mana pertempuran sedang hebat berlangsung.
Tetapi lokasi dan kesahihan video itu tidak dapat disahkan. – AFP, 3 Disember, 2023.
Komen