Pengendali tapak perkhemahan pantau keadaan cuaca


Noel Achariam

Semua aktiviti sungai, meredah hutan tidak akan dijalankan di tapak perkhemahan pada musim monsun sementara aitiviti lain boleh dilakukan bergantung kepada keadaan cuaca. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Disember, 2023.

PENGENDALI tapak perkhemahan dinasihatkan untuk mematuhi laporan keadaan cuaca dan menghentikan aktiviti berkhemah di kawasan mereka sepanjang musim monsun.

Pemilik Asia Camp Sdn Bhd Azizan Yunus berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara menasihatkan untuk mereka sentiasa peka dengan amaran berkenaan ramalan cuaca.

“Jika kami terima amaran cuaca buruk daripada Jabatan Meteorologi, maka akan hentikan semua aktiviti.

“Kami kemudian akan maklumkan pelanggan untuk menangguhkan lawatan mereka ke hari lain,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Azizan berkata jika ada sesiapa yang terkandas di tapak perkhemahan mereka ketika cuaca buruk, mereka akan ditempatkan di asrama.

“Ia adalah tanggungjawab sosial kami untuk memastikan mereka terjaga. Kerana bulan ini risiko cuaca buruk sangat tinggi.”

Pada 16 Disember, 2022 berlaku tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor menyebabkan 31 terbunuh, sementara yang lain selamat atau mengalami kecederaan kecil.

Azizan berkata pelanggannya turut risau dengan musin monsun.

“Untuk bulan ini, kami beritahu pelanggan mereka tidak dapat melakukan aktiviti sungai, meredah hutan atau aktiviti lain bergantung kepada cuaca,” katanya.

Katanya, lokasi perkhemahan mereka dapat menempatkan antara 20 hingga 25 khemah pelbagai saiz.

Agensi Pengurusan Bencana Negara menasihatkan pengendali tapak perkhemahan supaya sentiasa peka dengan amaran berkenaan ramalan cuaca. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Disember, 2023.

Beliau berkata mereka menerima lebih 40 pelanggan yang berkhemah setiap minggu di tapak di Hulu Yam, Hulu Langat, Kuala Kubu Baru, dan kawasan baharu di perkampungan Tanjung Karang.

“Pelanggan kami terdiri daripada antaranya keluarga, kanak-kanak sekolah, golongan korporat dan pelajar universiti.

“Mereka datang untuk berhibur, atau program bina pasukan dan pembangunan kemahiran sosial.

“Setakat ini, perkhemahan di luar, kami hanya jangka menerima 50% tempatan untuk Disember.

“Tempoh puncak kami adalah Februari di mana kami menerima tempahan untuk Gua Kepayang di Taman Negara.

“Pelanggan kami adalah dari Belanda, Jerman, Austria dan Korea Selatan yang akan berkhemah di dalam gua.

“Biasanya sepanjang musim monsun, kami mengalami 80% penguranan pelanggan dari Eropah.” – 3 Disember, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen