Sekurang-kurangnya 61 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober


Petugas media terus menjadi sasaran Israel di Gaza. – Gambar Facebook, 2 Disember, 2023.

JUMLAH wartawan dan petugas media yang terkorban sejak konflik Palestin-Israel meletus pada 7 Oktober lepas kini mencecah seramai 61 orang, menurut kenyataan  Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), lapor Sputnik.

“Pada 1 Disember, laporan awal CPJ mendapati daripada seramai 16,000 orang yang terbunuh sejak peperangan bermula pada 7 Oktober lepas, termasuk sekurang-kurangnya 61 wartawan dan petugas media,” menurut CPJ.

Pada 7 Oktober sahaja enam wartawan maut manakala pada 18 November lima dilaporkan terbunuh. – Bernama, 2 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen