Israel serang Damsyik


Israel melancarkan serangan ke arah selatan Damascus dari arah Bukit Golan, Syria. – Gambar AFP, 2 Disember, 2023.

ISRAEL melancarkan serangan udara berhampiran Damsyik pada Sabtu, kata Kementerian Pertahanan Syria, dengan seorang wartawan AFP di ibu kota itu melaporkan terdengar bunyi kuat pengeboman.

“Sekitar jam 1:35 am (1035 GMT) hari ini, musuh Israel melancarkan serangan udara dari arah Golan Syria yang ditakluk, menyasarkan beberapa tempat berhampiran bandar Damscus,” kata kementerian dalam satu kenyataan yang tidak menyebut jumlah kematian atau kecederaan.

Saluran televisyen Syria sebelum itu turut melaporkan “kekasaran Israel berhampiran ibu kota”.

Israel melancarkan ratusan serangan udara ke utara Syria sejak perang saudara tercetus pada 2011, menyasarkan pasukan disokong Iran dan pejuang Hezbollah Lubnan, serta tentera Syria.

Tetapi ia memperhebat serangan sejak tercetusnya perang dengan Hamas yang merupakan sekutu Hezbollah, pada awal Oktober.

Tentera Israel tidak membalas pertanyaan dihantar AFP mengenai serangan terbaru itu.

Rami Abdel Rahman, yang mengetuai badan pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights, memberitahu AFP yang Israel menyerang “sasaran Hezbollah” di Sayyida Zeinab, kawasan di selatan Damascus.

Ambulan dikejarkan ke tempat pengeboman, kata ketua badan pemantau perang berpangkalan di Britain itu, yang mempunyai rangkaian perhubungan di seluruh Syria.

Serangan udara Israel pada 26 November lalu menghentikan operasi lapangan terbang Damascus beberapa jam ia menyambung operasi susulan serangan serupa pada bulan lepas.

Lapangan terbang Damascus dan Aleppo menghentikan operasi susulan serangan Israel pada 12 dan 22 Oktober lepas.

Israel jarang mengeluarkan kenyataan berkaitan serangan terhadap Syria, walaupun ia berulang kali mengatakan tidak akan membiarkan musuhnya, Iran, yang menyokong Presiden Syria Bashar al-Assad untuk meluaskan kehadirannya di negara itu. – AFP, 2 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen