PERDANA Menteri Britain Theresa May dijangka mengadakan mesyuarat Kabinet pertama beliau hari ini dalam ujian awal terhadap harapannya untuk membentuk kerajaan yang stabil selepas pilihan raya getir yang terpaksa dilaluinya.
Berdepan tuntutan agar melepaskan jawatan selepas percaturan pilihan rayanya gagal, May semalam menjadualkan mesyuarat awal hujung minggu bagi pentadbiran sebagai satu usaha jelas memperkukuhkan kembali kuasa dan kestabilan.
Bagaimanapun, kritikan terus diterima hari ini selepas May mengumumkan akan mengekalkan pasukan menteri dan merancang untuk terus berkuasa dengan bantuan sebuah parti kecil Ireland Utara.
Media bersetuju beliau mengalami kerosakan teruk, dan beberapa pihak meramalkan beliau dan strategi untuk Brexit sukar untuk diteruskan.
May adalah menteri dalam negeri selama enam tahun sebelum menjadi perdana menteri ketika kekecohan politik berikutan referendum Brexit pada Jun lalu.
Beliau berikrar membawa Britain keluar daripada Kesatuan Eropah, merungkai hubungan ekonomi dan institusi kompleks yang terbina lebih 44 tahun.
Selepas mewarisi majoriti keseluruhan 17 kerusi di Dewan Rakyat, May pada April mengumumkan pilihan raya tiga tahun lebih awal daripada tempohnya, mengisytiharkan beliau memerlukan bantuan lebih kuat dalam urusan Brexit.
Langkah itu disifatkan beliau sebagai pragmatik dan bagi mengelakkan risiko, mengejutkan negara.
Keretakan dalam prestasi jejak kempen beliau mula muncul, dan bertambah buruk dengan kesalahan taktikal dibuat dengan penjagaan kesihatan untuk warga tua.
Kelemahan ini dengan cekap dieksploitasi pemimpin parti Buruh Jeremy Corbyn, seorang aktivis akar umbi veteran yang membelasah May tanpa belas kasihan.
May menerima tamparan hebat pada hari mengundi Khamis lalu dengan kurang lapan kerusi daripada 326 kerusi bagi majoriti keseluruhan.
Menjadi kerajaan minoriti, May mendekati Parti Kesatuan Demokratik (DUP), yang memenangi 10 kerusi.
Tetapi perjanjian antara kedua-dua pihak masih belum diumumkan, dan butiran bagaimana mereka boleh bekerjasama tidak lengkap.
“Ia terlalu awal untuk mengatakan apa yang kita akan lakukan. Saya rasa kita perlu melihat senarai akhir Parlimen dan bertindak daripadanya,” kata pemimpin DUP Arlene Foster memberitahu Radio Ulster pada Jumaat.
“Saya pasti akan ada yang menghubungi pada hujung minggu tetapi saya fikir terlalu awal untuk bercakap tentang apa yang kita akan lakukan.”
Ia secara sosialnya konservatif, menentang perkahwinan sejenis dan menyokong Brexit, tetapi menentang persempadanan “keras” semula antara Republik Ireland dan wilayah British. – AFP, 10 Jun, 2017.
Komen