30 lagi tahanan Palestin dibebaskan


Tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara tentera Israel disambut oleh ahli keluarga mereka ketika tiba di Ramallah, Tebing Barat. – Gambar EPA, 1 Disember 2023.

SERAMAI 30 lagi tahanan Palestin dibebaskan semalam, kata pihak berkuasa penjara Israel dalam pertukaran terbaru di bawah perjanjian jeda kemanusiaan lanjutan yang akan tamat dalam beberapa jam.

Tahanan termasuk 23 kanak-kanak bawah umur dan tujuh wanita dibebaskan beberapa jam selepas lapan tahanan Israel dibebaskan oleh kumpulan pejuang Hamas.

Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas menetapkan sekurang-kurangnya 10 tahanan Israel harus dibebaskan hidup-hidup setiap hari.

Sejak ia dikuatkuasakan pada 24 November, perjanjian gencatan senjata menyaksikan pembebasan 110 tebusan termasuk 80 warga Israel. – AFP, 1 Disember 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen