Bekas PM Thailand dilantik ahli Majlis Privy


Bekas perdana menteri Thailand Prayuth Chan o-cha dilantik sebagai ahli Majlis Privy, sebuah badan penasihat kepada monarki yang berprestij. – Gambar EPA, 30 November, 2023.

BEKAS perdana menteri Thailand Prayuth Chan o-cha dilantik sebagai ahli Majlis Privy, sebuah badan penasihat kepada monarki yang berprestij.

Royal Gazette semalam mengumumkan Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn melantik Prayuth, 69, sebagai ahli majlis itu berkuat kuasa serta-merta.

“Raja memutuskan untuk melantik lebih ramai ahli dalam Majlis Privy,” menurut Warta Diraja itu.

Prayuth merupakan bekas panglima tentera yang merampas kuasa pada 2014 dan menjadi perdana menteri pada pilihan raya 2019.

Beliau calon perdana menteri dari Parti Bangsa Thai Bersatu dalam pilihan raya 14 Mei.

Bekas perdana menteri itu mengumumkan persaraannya daripada politik pada Julai tahun ini. – Bernama, 30 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen