HAMAS bersedia melanjutkan tempoh gencatan senjata selama empat hari dan membebaskan lebih ramai tahanan Israel sebagai pertukaran tahanan Palestin, kata sumber yang rapat dengan kumpulan pejuang itu pada Rabu, ketika perantara mencari solusi lebih kekal kepada konflik.
Gencatan senjata semasa dijadualkan tamat pada pagi Khamis selepas jeda enam hari konflik.
Sebanyak 60 tawanan Israel dan 180 tahanan Palestin sudah dibebaskan dan lebih ramai dijangka dilepaskan pada Rabu di bawah perjanjian ini, menurut Qatar yang menjadi orang tengah sambil berusaha agar gencatan senjata yang “berkekalan.”
Hamas pada Rabu memberitahu Qatar ia bersedia memanjangkan gencatan senjata selama empat hari, kata sumber yang rapat dengan kumpulan itu.
Di bawah perjanjian itu, ia akan membebaskan tawanan Israel mengikut syarat gencatan senjata sedia ada, tambah sumber itu.
Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari, memberitahu sidang akhbar di Doha pada Selasa pihak pengantara sedang memikiran gencatan senjata berkekalan yang akan membawa kepada perbincangan lanjut dan akhirnya mengakhiri peperangan. – AFP, 29 November, 2023.
Komen