Tolak semakan semula projek PJD Link, kata penduduk kepada MB


Noel Achariam

Pengerusi Pemegang Taruh Penduduk Membantah PJD Link (ScRAP) David Yoong Lai Hon bercakap pada sidang media hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 November, 2023.

KERAJAAN negeri Selangor tidak patut mempertimbangkan sebarang penghantaran semula kertas cadangan untuk projek lebuh raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link), kata kumpulan penduduk.

Tambah penduduk lagi, mereka masih berpegang kepada pengumuman Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada 31 Julai lalu yang projek itu sudah dibatalkan.

Amirudin berkata projek itu dibatalkan kerana pemaju tidak memenuhi syarat ditetapkan kerajaan tahun lepas seperti penilaian kesan sosial dan alam sekitar (SIA, EIA).

Bagaimanapun, Amirudin menjelaskan yang projek itu boleh disemak semula jika pemaju memenuhi syarat ditetapkan.

Pengerusi Pemegang Taruh Penduduk Membantah PJD Link (ScRAP) David Yoong Lai Hon berkata mereka mendapati pemaju telah menghantar laporan semakan semula SIA.

“Kami periksa dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor (PlanMalaysia) dan mereka memberitahu yang mereka dalam mendapatkan khidmat pakar luar untuk menilai laporan SEA itu.

“Kami diberitahu yang ia bukan laporan baharu SEA tetapi versi semakan semula. Apa yang kami mahu adalah projek ini dibatalkan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Yoong berkata projek itu patut dibatalkan kerana ia lebih buruk daripada Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) yang dibatalkan pada 2015.

“Pendek kata kami masih berpegang dengan kata-kata MB yang jika ia serupa dengan Kidex ia akan dibatalkan.

“Kemudian kami periksa dan mendapati pemaju telah menghantar laporan SIA yang disemak semula.

“Kami mahu memberitahu MB yang responden 27 daripada 31 kumpulan fokus yang dilakukan perunding SIA pemaju antara 22 Dis hingga Mac 2023 membantah projek itu.”

Tambahnya, kajian bebas dijalankan antara Februari dan April dan disokong oleh 17 persatuan penduduk, badan pengurusan bersama, kumpulan masyarakat sivil turut mendedahkan yang 93% daripada mereka menolak projek itu. – 25 November, 2023.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen