Serangan dron cederakan 2 orang di Kyiv


SATU serangan dron membawa bahan letupan di Kyiv berlaku pada Subuh hari, Ahad pagi, mencederakan sekurang-kurangnya dua orang, menurut pihak berkuasa Ukraine.

“Ketika ini, terdapat dua mangsa di wilayah Solomyansky. Kedua-dua mereka menerima bantuan perubatan serta merta,” kata Datuk Bandar Kyiv Vitali Klitschko menerusi Telegram.

Sebuah bangunan apartmen di wilayah itu turut rosak dan perkhidmatan kecemasan sedang berusaha membawa keluar dua wanita yang terperangkap, tambahnya.

Beberapa kebakaran turut dilaporkan di wilayah itu, termasuk satu di tadika.

Sisa dron yang ditembak jatuh pertahanan anti pesawat udara Ukraine turut jatuh di wilayah Pechersky

Dron membawa letupan itu adalah buatan Iran, Shaheds, kata pihak berkuasa tempatan, tanpa menyebut jumlah sebenar dron yang menyerang bandar itu. – AFP, 25 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen