China dilanda suhu rendah dan angin sejuk


Suhu menyusut antara 6 dan 10 darjah Celsius di wilayah termasuk Inner Mongolia dan timur laut China dengan beberapa kawasan mengalami penurunan suhu 12 hingga 17 darjah. – Gambar AFP, 24 November, 2023.

SUHU di tengah dan timur China menjunam pada pagi ini dengan udara sejuk dijangka terus mencengkam beberapa bahagian di negara itu dalam tempoh 10 hari akan datang, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa meteorologi China.

Suhu menyusut antara enam dan 10 darjah Celsius di wilayah termasuk Inner Mongolia dan timur laut China dengan beberapa kawasan mengalami penurunan suhu 12 hingga 17 darjah, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan.

Pusingan baharu udara sejuk akan melanda kebanyakan bahagian tengah dan timur China dari Ahad hingga Selasa.

Suhu boleh menurun empat hingga enam darjah Celsius di bahagian tengah dan hilir Sungai Yangtze dan di kawasan di sebelah utara dan penurunan suhu sehingga 12 darjah Celsius diramalkan di bahagian Inner Mongolia dan timur laut China.

Selain suhu sejuk, bahagian barat laut China dan juga kawasan pantai berkemungkinan dilanda angin kencang dan ribut manakala salji sederhana hingga lebat diramalkan melanda Inner Mongolia, Jilin dan Heilongjiang dari Ahad hingga Isnin dengan ribut salji dijangka membadai di beberapa kawasan. – Bernama, 24 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen