Anwar masih berteka-teki rombakan Kabinet


Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih berteka-teka apabila mengenai rombakan Kabinet dalam kerajaan perpaduan. – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 24 November, 2023.

PERSOALAN mengenai rombakan Kabinet dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menginjak usia setahun masih tidak terungkai. 

Pemberita yang bertanyakan Anwar sama ada akan berlaku rombakan Kabinet pada Januari depan tidak mendapat jawapan seperti yang diinginkan untuk merungkaikan persoalan itu semasa ditemui selepas Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan Madani di Putrajaya malam tadi.

“Kenapa Januari, tak Disember?” kata Anwar berseloroh serta berlalu tanpa mengulas lanjut.

Desas-desus mengenai rombakan Kabinet menjadi perhatian susulan kekosongan portfolio menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup yang ditinggalkan Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas. 

Jawatan itu ketika ini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali. – Bernama, 24 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen