Perang tetap diteruskan, tebusan bebas Jumaat, kata pegawai Israel


Mengikut perjanjian yang dicapai pada Rabu, Israel dan Hamas bersetuju untuk gencatan senjata selama empat hari.– Gambar AFP, 23 November, 2023.

TIADA waktu rehat dalam pertempuran di Gaza mahupun tebusan Hamas akan dilepaskan sebelum Jumaat, kata pegawai Israel, walaupun walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk gencatan senjata.

Persetujuan itu dicapai antara kerajaan Israel pada Rabu dan dijangka berkuat kuasa pada Khamis.

Bagaimanapun seorang pegawai Israel memaklumkan kepada AFP pertempuran antara Israel dan Hamas tidak akan dihentikan “sebelum Jumaat”.

Pegawai itu berkata demikian sebaik sahaja penasihat keselamatan Israel Tzachi Hanegbi lewat Rabu berkata tiada seorang pun tebusan yang diculik Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober akan dibebaskan sebelum Jumaat.

“Pembebasan akan berlaku mengikut perjanjian asal antara kedua-dua pihak, dan bukan sebelum Jumaat,” katanya.

Beberapa minit sebelum itu, pegawai Israel memberitahu wartawan pusat media akan dibuka di Tel Aviv pada tengah hari Khamis “untuk liputan mengenai pembebasan tebusan”.

Hanegbi tidak memberikan butiran lanjut, dan pegawai Israel juga tidka memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai perkembangan itu.

Mengikut perjanjian yang dicapai pada Rabu, Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata selama empat hari, dengan  pejuang Palestin akan membebaskan sekurang-kurangnya 50 tebusan sebagai balasan tempoh bertenang itu.

Manakala Israel akan membebaskan sekurang-kurangnya 150 tahanan Palestin dan membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan ke wilayah pantai selepas lebih enam minggu pertempuran hebat dan pengepungan yang melumpuhkan Gaza.

Hamas dipercayai menahan kira-kira 240 tebusan, menurut Israel. – AFP, 23 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen