SEKURANG-KURANGNYA lima maut manakala 56 lagi cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas di lebuh raya di Veracruz di Mexico, kata pegawai pada Selasa, lapor Xinhua.
Menurut Sekretariat Perlindungan Awam negeri itu, bas dua tingkat berkenaan merempuh satu daripada tiang struktur jambatan di lebuh raya berkenaan.
Agensi itu berkata pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan membawa mangsa yang cedera ke hospital berhampiran.
Punca nahas itu masih disiasat. – Bernama, 22 November, 2023.
Komen