Latihan keselamatan siber uji persediaan pilihan raya 2024


Pilihan raya Parlimen Eropah dijadual berlangsung dari 6 hingga 9 Jun, 2024. – Gambar fail AFP, 22 November, 2023.

PERKHIDMATAN Parlimen Eropah, Suruhanjaya Eropah dan Agensi EU bagi Keselamatan Siber (ENISA) mengadakan latihan keselamatan siber bagi persediaan menghadapi pilihan raya 2024, lapor Sputnik.

“Untuk menilai dan mengukuhkan aturan kerja menjelang pilihan raya 2024, institusi EU hari ini menganjurkan latihan keselamatan siber.

“EU dan rakan kongsinya menguji krisis dan kemungkinan tindak balas terhadap potensi insiden keselamatan siber yang dikhuatiri menjejaskan pilihan raya Eropah,” menurut institusi itu dalam satu kenyataan.

Latihan itu diadakan di Parlimen Eropah dan dihadiri oleh wakil agensi pilihan raya dan keselamatan siber negara, termasuk pemerhati dari pelbagai badan EU.

Menurut kenyataan itu, ia bertujuan meningkatkan kapasiti peserta untuk bertindak balas terhadap insiden keselamatan siber dan mengemas kini semula protokol sedia ada semasa proses pilihan raya

Pilihan raya Parlimen Eropah dijadual berlangsung dari 6 hingga 9 Jun, 2024. – Bernama, 22 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen