50 wartawan, petugas media terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober


Sekurang-kurangnya 50 wartawan dan petugas media terbunuh sejak peningkatan konflik di Asia Barat pada 7 Oktober lepas. – Gambar AFP, 22 November, 2023.

JUMLAH wartawan dan petugas media yang terbunuh sejak peningkatan konflik di Asia Barat pada 7 Oktober lepas mencecah 50 orang manakala 11 cedera dan tiga lagi hilang.

Perkara itu didedahkan oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan pada Selasa, lapor Sputnik.

“Setakat 20 Nov, dalam #IsraelGazaWar, CPJ telah mendokumentasikan: - 50 wartawan maut… 11 cedera… 3 hilang… 18 ditahan,” tulis jawatankuasa itu di X. – Bernama, 22 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen