PENTADBIR Akuatik Dunia pada Isnin mengumumkan bahawa Shanghai, Singapura dan Incheon Korea Selatan akan bersama-sama menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Dunia pada 2024.
Tiga acara itu, Shanghai dari 18-20 Oktober, Incheon dari 24-26 Oktober dan Singapura dari 31 Oktober-2 November turut berfungsi sebagai platform kelayakan bagi Kejohanan Renang Akuatik Dunia (25m) - Budapest pada Disember 2024, lapor Xinhua.
Shanghai pernah menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Dunia (25m) pada 2006 dan Kejohanan Akuatik Dunia pada 2011.
Singapura juga pernah menjadi tuan rumah siri Piala Dunia Renang dan akan menghoskan Kejohanan Akuatik Dunia 2025 manakala ini merupakan pengalaman pertama Incheon selaku tuan rumah Piala Dunia Akuatik.
“Kami sentiasa mencari hos yang sesuai dan berpengalaman di samping mengetengahkan acara sukan ini ke bandar-bandar baharu. Walaupun Incheon ialah tuan rumah kali pertama, Korea (Selatan) telah menunjukkan kecemerlangan dalam menyediakan pengalaman terbaik dalam acara sukan utama,” kata Presiden Akuatik Dunia Husain Al Musallam. – Bernama, 21 November, 2023.
Komen