TUJUH maut dalam insiden kebakaran di sebuah kilang di timur Provinsi Jiangsu, China semalam, menurut sumber tempatan.
Kebakaran berlaku di Tiantianrun Textile & Technology Co. Ltd di bandar Wuxi pada 6.30 petang Isnin, lapor Xinhua.
Syarikat itu beroperasi selama 20 tahun dan antara pengeluar benang yang memasarkan produk untuk pasaran tempatan dan luar negara.
Punca kejadian sedang disiasat. – Bernama, 21 November, 2023.
Komen