CALON parti kerajaan Sergio Massa tewas kepada pemimpin populis berhaluan kanan Javier Milei dalam pilihan raya presiden Argentina, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Beliau berkata: “Javier Milei ialah presiden.”
“Saya mengucapkan tahniah kepadanya kerana majoriti rakyat Argentina memilihnya,” kata penyandang menteri ekonomi itu pada malam tadi.
Dengan 86% undi dikira, Milei berada jauh di hadapan dengan 55.95% berbanding Massa yang memperoleh 44.04% undi. – Bernama, 20 November, 2023.
Komen