Angka kematian perang di Gaza cecah 13,000, kata Hamas


Angka kematian akibat pertempuran antara tentera Israel dan Hamas di wilayah Palestin mencecah 13,000 sejak perang bermula pada 7 Oktober. – Gambar AFP, 20 November, 2023.

ANGKA kematian akibat pertempuran antara tentera Israel dan Hamas di wilayah Palestin mencecah 13,000 sejak perang bermula pada 7 Oktober.

Kerajaan Hamas berkata lebih 5,500 kanak-kanak antara yang maut bersama 3,500 wanita dengan 30,000 lagi cedera.

Kementerian kesihatannya sebelum ini berkata ia tidak lagi boleh memberikan jumlah yang tepat kerana pertempuran yang sengit.

Menurut kementerian itu ambulans yang cuba mengambil mangsa yang maut menjadi sasaran serangan Israel.

Israel pula mendakwa seramai 1,200 rakyatnya terbunuh sejak pasukan pejuang Hamas menyerangnya pada 7 Oktober lalu.

Kementerian Kesihatan Gaza adalah sumber rasmi berhubung jumlah kematian dan kecederaan rakyat Palestin dalam perang antara Israel dan Hamas. – AFP, 20 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen