Maldives minta India tarik balik tenteranya


Presiden Maldives Mohamed Muizzu berkata negara itu secara rasmi meminta India untuk menarik balik tenteranya dari Maldives. – Gambar AFP, 19 November, 2023.

KERAJAAN Maldives semalam secara rasmi meminta India untuk menarik balik tenteranya dari Maldives.

Presiden Mohamed Muizzu mengemukakan permintaan itu dalam pertemuan dengan Menteri Sains Bumi India Kiren Rijiju.

“Dalam pertemuan itu Presiden Muizzu berkata rakyat Maldives memberinya mandat dalam pilihan raya presiden pada September untuk meminta India menarik balik tenteranya dan menyatakan harapan supaya India menghormati kehendak demokrasi rakyat Maldives,” menurut satu kenyataan.

Kiren Rijiju berada di Maldives untuk menghadiri majlis pelantikan presiden pada Jumaat.

“Menerusi instrumen diplomasi saya akan memastikan tiada lagi tentera asing berada di negara ini,” kata Muizzu dalam ucapannya selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden kelapan Maldives.

Laporan sebelum ini menyebut terdapat kira-kira 75 tentera India berpangkalan di Maldives. – Bernama, 19 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen