TENTERA Israel mengarahkan hospital Al-Shifa dikosongkan secepat mungkin dengaran arahan diberikan menerusi pembesar suara hari ini, lapor wartawan AFP yang ada di tempat kejadian.
Tentera Israel masih meneruskan operasi mencari tempat persembunyian Hamas di bangunan hospital.
Hospital Al-Shifa – yang juga hospital terbesar di Gaza – menjadi fokus dalam perang Israel-Hamas, yang kini masuk minggu ke-7 selepas serangan pada 7 Oktober di selatan Israel.
Israel mendakwa Hamas mempunyai pangkalan operasi di bawah bangunan Al-Shifa, di mana Hamas menafikan dakwaan itu.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengganggarkan 2,300 pesakit, kakitangan dan rakyat Palestin yang ketakutan berada dan mencari perlindungan di hospital itu sebelum tentera Israel menyerbunya pada Rabu.
Kementerian kesihatan Hamas di Gaza berkata berpuluh-puluh kematian dilaporkan kerana tiada bekalan elektrik di hospital itu.
Israel berkali-kali mendesak hospital dikosongkan dan berpindah ke selatan, namun pakar perubatan berkata pesakit tidak boleh dipindahkan.
Pengarah Hospital Mohammed Abu Salmiya berkata tentera Israel mengarahkannya untuk memastikan pemindahan pesakit, yang cedera dan kakitangan perubatan. – AFP, 18 November, 2023.
Komen