Malaysia raih pelaburan RM63.02 bilion di AS, kata PM


Anwar mengadakan pertemuan satu dengan satu bersama pelabur-pelabur semasa di San Fransisco. – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 18 November, 2023.

MALAYSIA meraih pelaburan sebanyak RM63.02 bilion bagi cadangan pelaburan di Amerika Syarikat (AS) terutamanya daripada syarikat gergasi teknologi, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Daripada jumlah itu, pelaburan sebanyak RM8.33 bilion adalah daripada misi perdagangan dan pelaburan ke AS yang dianjurkan sebelum bermulanya mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) manakala pelaburan selebihnya adalah daripada mesyuarat satu dengan satu yang diadakan oleh Anwar di San Fransisco.

Pelaburan bagi misi perdagangan ini adalah daripada Abbott Laboratories, Mondelez International, Amsted Rail, Hematogenix, PerkinElmer, Ford Motor Company, Boeing, Amazon Web Services, Enovix dan Lam Research.

“(Pelaburan) selebihnya diraih daripada pertemuan berasingan dengan gergasi teknologi seperti Google, Enovix Cooperation, Microsoft, TikTok dan TPG,” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatannya ke AS, hari ini. – Bernama, 18 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen