KERAJAAN Hamas di Gaza berkata pada Jumaat angka kematian akibat pertempuran antara tentera Israel dan pejuang Hamas di wilayah Palestin mencecah tepat 12,000 sejak 7 Oktober.
Kerajaan Hamas berkata 5,000 kanak-kanak adalah antara yang maut bersama 3,300 wanita, dengan 30,000 lagi cedera.
Kementerian kesihatan Hamas sebelum ini berkata ia tidak dapat memberikan angka kematian yang tepat kerana pertempuran sengit menghalang mayat daripada ditemui. – AFP, 18 November, 2023.
Komen