Kes kematian operator kren diklasifikasikan sebagai mati mengejut, kata polis


SEORANG operator kren menara yang disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kabin di ketinggian kira-kira 20 meter di tapak pembinaan di Persiaran KLCC di Kuala Lumpur semalam diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat hari ini.

“Polis menunggu laporan penuh bedah siasat dan kimia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam seorang operator kren menara disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kabin di tapak pembinaan berkenaan.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.43 petang itu dan satu jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi. – Bernama, 17 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen