26 maut kebakaran syarikat arang batu di China


Angka kematian meningkat kepada 26 selepas sebuah bangunan milik syarikat lombong arang batu di wilayah Shanxi, China terbakar pagi tadi. – Gambar Facebook, 16 November, 2023.

ANGKA kematian meningkat kepada 26 orang selepas sebuah bangunan milik syarikat lombong arang batu di wilayah Shanxi, China terbakar pagi tadi, menurut Pentadbiran Keselamatan Lombong Kebangsaan cawangan Shanxi.

Xinhua melaporkan kebakaran berlaku di tingkat dua bangunan lima tingkat yang terletak di Daerah Lishi, Bandar Lyuliang.

Usaha menyelamat sedang dijalankan, menurut pihak berkuasa tempatan.

Bangunan terbabit milik syarikat swasta lombong arang batu Yongju. – Bernama, 16 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen