
PEMBERIAN tol percuma kepada pengguna lebuh raya bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada Sabtu dan Ahad lepas melibatkan kos sebanyak RM30 juta, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Abdul Rahman Mohamad.
Pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan susulan pelaksanaan pemberian tol percuma berkenaan.
Abdul Rahman menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin tahu sama ada kerajaan menanggung kos susulan pemberian tol secara percuma selama dua hari sempena Deepavali. – Bernama, 16 November, 2023.
Komen