Dewan AS lulus RUU pembiayaan 2 peringkat


DEWAN Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan undang-undang untuk membiayai kerajaan persekutuan buat sementara secara berperingkat untuk mengelak operasi kerajaan negara itu terjejas. – Gambar AFP, 15 November, 2023.

DEWAN Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan undang-undang untuk membiayai kerajaan persekutuan buat sementara secara berperingkat untuk mengelak operasi kerajaan negara itu terjejas.

Rang undang-undang itu kemudiannya diserahkan kepada Dewan Senat untuk dipertimbangkan, lapor Sputnik.

Anggota dewan perundangan meluluskan undang-undang pada Selasa malam dalam undian yang menyaksikan 336 anggota dewan menyokong manakala 95 lagi menentang.

Sokongan dua pertiga diperlukan untuk rang undang-undang itu diluluskan.

Berpuluh-puluh anggota dewan perwakilan Republikan dan dua Demokrat mengundi menentang rang undang-undang itu, yang disokong oleh Speaker Dewan Perwakilan Mike Johnson.

Langkah pembiayaan sementara (laddered continuing resolution) akan membiayai kerajaan melalui peruntukan pada dua tarikh berasingan - 19 Januari dan 2 Februari - bagi mengelak keperluan untuk rang undang-undang perbelanjaan ‘omnibus’ semasa musim cuti.

Pemimpin Majoriti Senat AS Chuck Schumer dan Pemimpin Minoriti Mitch McConnell berkata mereka akan menyokong undang-undang itu dan akan meluluskannya secepat mungkin melalui Dewan Senat. – Bernama, 15 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen