Media genosidal Zionis pesong kebenaran


BOM digugurkan regim pengganas Zionis di Gaza menyamai kekuatan dua bom nuklear dijatuhkan Amerika Syarikat (AS) di Hiroshima pada 6 dan 9 Ogos 1945. Namun bukan itu sahaja, rejim Yahudi haram ini juga memiliki kedahsyatan menyebarkan bom maklumat melalui media genosidal mereka.

Media pengaruh Zionis di Barat bukan sahaja sedang melakukan keganasan genosid dengan membunuh lebih 10,000 penduduk melalui pengeboman serangan roket dan serangan udara dan darat tetapi pada masa yang sama melakukan serangan bom maklumat melalui media genosidal itu.

Media ini telah menzahirkan genosid maklumat dalam bentuk penghapusan maklumat kebenaran perjuangan Hamas dalam menentang rejim penjajah Zionis.

Pejuang hak asasi kulit hitam Islam, Malcolm X pernah mengingatkan bahawa media adalah entiti berkuasa di atas muka bumi. Ia berkuasa menentukan siapa yang betul dan bersalah tetapi bagi saya bukan itu ia berkuasa untuk membunuh melalui bom maklumat.

Genosid maklumat dalam bentuk jenayah kebencian atau hate crime bersifat anti-Palestin dan anti-Gaza, polisi apartheid, rasis keunggulan kulit putih dan dikembangkan secara Islamofobia ke seluruh dunia.  

Bahkan dalam genosidal maklumat ini, presiden AS bersama-sama perdana menteri Israel melalui wahana media Barat telah menzahir, membentuk dan mengindoktrinasi maklumat berbentuk genosidal iaitu penghapusan penduduk Palestin di muka bumi ini  atas alasan mereka menggugat kestabilan negara haram Israel.

Propaganda genosidal mereka bahawa penduduk Palestin dan Gaza sebagai pengganas, dan menyebarkan budaya dan pemikiran Islamofobia.

Hari ini penduduk Palestin sedang berhadapan dengan dua bentuk serangan genosidal, satu di medan perang fizikal  dan kedua, genosidal maklumat media Barat.

Kebanyakan media Barat seperti the New York Times, CNN dan Reuters telah membuat maklumat-maklumat genosidal melalui manipulasi fakta, memesong dan pembohongan maklumat dan dengan mensasarkan penduduk Palestin di media sosial sebagai manusia binatang.

Sebagaimana yang telah diketahui juga, media LA Times, BBC dan CNN telah menyiarkan berita dakwaan pelakuan rogol berleluasa, memenggal kepala bayi dan semua jenis keganasan tidak berperikamanusiaan dilakukan oleh pejuang Palestin seperti Hamas sebelum memeriksa sumbernya untuk kemudian menarik kembali berita dan mengakui tiada kesahihan dan pembuktiannya beberapa hari kemudian.

Bahkan tentera haram Pasukan Pertahanan Israel (IDF) tidak dapat mengesahkan segala dakwaan yang dibuat oleh Presiden AS Joe Biden dan perdana menteri rejim haram, Benjamin Netanyahu serta beberapa media Barat.

Mereka melakukan maklumat yang genosidal, dalam bentuk keganasan maklumat melalui laporan berita palsu dan menipu. Adakah ini yang akan dipelajari para pelajar kita di instituisi pengajian tinggi dalam negara?

Kuasa media Barat seolah-olah menentukan siapakah pengganas dan siapa yang dizalimi dengan menciptakan kesedaran palsu.

Apa yang dihasilkan oleh media genosidal Yahudi ini ialah penanda-penanda palsu dan bersifat artifisial atau tiruan. Penanda ini adalah perlambangan yang dikelirukan dan dipesongkan kebenarannya dalam penyampaiannya kepada khalayak.

Dakwaan pelakuan rogol yang berleluasa dan memenggal kepala bayi adalah contoh penanda palsu, perlakuan yang direka bagi menciptakan pelambangan yang sesat dan memesongkan kepada khalayak.

Apa yang dicapai melalui genosidal maklumat ialah realiti tiruan yang dibentuk dan dicipta Barat dalam memaparkan yang sebaliknya seperti penduduk Palestin dan Hamas, Jihad Islam dan pejuang Palestin adalah pengganas sedangkan penduduk Yahudi diganasi, dan negara haram Israel menyerang balas Gaza bagi mempertahankan hak dan tanah air mereka dan bukan sebaliknya.

Apakah konteks sebenarnya? Siapakah yang merampas tanah siapa?

Ini adalah pencitraan atau pewajahan tiruan yang merupakan suatu bentuk genosidal maklumat. Bukan saja serangan fizikal tentera rejim haram Israel yang genosidal tetapi pemberitaan mereka pun bersifat genosidal melalui media genosidal Barat.

Mereka bukan ini menjadikan Gaza kosong daripada penduduknya dan memusnahkan pejuang Palestin yang menentang pencerobohan masjid Al Aqsa oleh peneroka haam Yahudi tetapi laporan berita itu sendiri genosidal, bom maklumat melalui naratif jenayah kebencian dan wacana pembersihan etnik dan apartheid.  

Pewajahan atau imej tiruan ini dapat diperhatikan apabila Biden menggunakan penanda berlebihan (superlative signs) dalam berita palsu seperti bayi dipenggal kepalanya, kes perogolan berleluasa yang merupakan tanda palsu (fake signs) dalam rangka menciptakan realiti tiruan dalam genosidal maklumat di media Barat.

Bahkan beberapa penanda palsu diciptakan media Barat seperti dakwaan pejuang Palestin sengaja meletakkan penduduk Palestin dalam risiko dan mereka anti-Hamas.

Persoalan-persoalan yang meragukan dan dipaparkan media genosidal Barat seperti serangan Hamas adalah suatu false flag, yang dimaksud adalah Israel sengaja membocorkan maklumat ke Hamas dan menarik Hamas agar menyerang kawasan penempatan haram di selatan Israel agar rejim haram melakukan serangan genosid ke atas Gaza.

Jadi media genosidal Barat mencetuskan keraguan kepada umat Islam bahawa apa yang berlaku sekarang berpunca daripada serangan Hamas. Jadi umat Islam dan penduduk Palestin akan mempertangggungjawab Hamas.

Jika kata-kata mata pena lebih berkuasa daripada mata pedang bagi ketajaman mata pena, maka papan kekunci wartawan Barat adalah papan kekunci genosidal. Ia telah membuatkan khalayak dan pemimpin Barat menutup mata terhadap genosidal dan ledakan maklumat yang sedang dilakukan media Barat dalam genosid fizikal di Gaza sekarang.

Pemberitaan media Barat bukan lagi bersifat objektif tetapi genosidal kerana laporan mereka meraikan pemesongan dan kekeliruan maklumat, kecurangan fakta dan berita palsu dan itu adalah objektifnya.

Laporan berita palsu sengaja lama dibiarkan untuk kemudian ditarik balik selepas mendapati tiada sumber sahih. Tiada rasa bersalah di pihak media genosidal Barat.

Daripada laporan media genosidal Barat dapat juga difahami bahawa manusia Barat ini telah mengalami genosidal dalam kemanusian dan keinsanananya. Mereka telah membunuh kemanusiaan mereka sendiri demi tunduk dan sujud kepada Israel yang merupakan golongan dimurkai Allah sebagaimana disebutkan dalam ayat 7 surah Al-Fatihah. – 14 November, 2023.

* Ismail Hashim Yahaya adalah pemerhati geopolitik dan perhubungan antarabangsa.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen