Angka korban perang Gaza cecah 11,240 orang, kata Hamas


Perang di Gaza menyaksikan 4,630 kanak-kanak dan 3,130 wanita maut serta 29,000 lagi cedera. – Gambar AFP, 14 November, 2023.

KERAJAAN Hamas di Gaza berkata angka kematian akibat perang yang berterusan mencecah 11,240 pada Isnin, selepas lebih lima minggu pertempuran dengan Israel.

Antara yang maut ialah 4,630 kanak-kanak dan 3,130 wanita serta 29,000 lagi cedera, kata kerajaan

Dalam perkembangan lain yang berasingan, kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas berkata terdapat puluhan mayat bergelimpangan di jalanan di utara Gaza, di mana pertempuran paling hebat berlaku, yang menyaksikan ambulans diserang Israel ketika mereka cuba mengambil mangsa. – AFP, 14 November 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen