Greta, puluhan ribu sertai demonstrasi terbesar di Amesterdam


Kira-kira 70,000 menyertai demonstrasi alam sekitar di seluruh Amsterdam semalam, yang turut disertai aktivis Greta Thunberg. – Gambar Facebook, 13 November, 2023.

AKTIVIS alam sekitar Greta Thunberg menyertai puluhan ribu peserta demonstrasi paling besar di seluruh Amsterdam semalam, mendesak krisis iklim dijadikan agenda politik menjelang 10 hari pilihan raya diadakan.

Dengan plakad tertera ayat seperti: “Rumah kami terbakar”, “Pada 2050: Ayah, apakah pokok?” dan “Keadilan untuk alam sekitar”, penunjuk perasaan berarak memenuhi dataran di Amsterdam dan di jalanan.

Kira-kira 70,000 menyertai demonstrasi itu, mengatasi rekod tunjuk perasaan sebelum ini, kata penganjur iaitu gabungan beberapa kumpulan pendesak termasuk Extinction Rebellion, Fridays for Future, Oxfam dan Greenpeace.

“Kita bukan di ambang kemusnahan, kita sedang berada dalam kemusnahan,” kata Thunberg kepada khalayak.

Pungutan suara menunjukkan pilihan raya di Belanda sengit antara VVD iaitu parti perdana menteri Mark Rutte dan parti baharu, NSC diketuai pejuang anti rasuah Pieter Omtzigt.

Kaji selidik menunjukkan isu utama dalam kempen ini adalah berkenaan krisis perumahan di Belanda, standard kehidupan dan imigresen. – AFP, 13 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen