Hospital Gaza kehabisan minyak petrol


Di Gaza, hospital Al-Shifa terperangkap dengan serangan darat Israel yang menyasarkan Hamas, dengan kawasan hospital berkali-kali diserang bom, yang turut memusnahkan satu wad semalam. – Gambar AFP, 13 November, 2023.

TENTERA Israel terus mengganas menyerang pejuang Hamas berhampiran hospital terbesar di Gaza semalam, di mana ribuan terperangkap dan pihak berkuasa berkata kekurangan bekalan petrol menyebabkan kematian bayi pra matang dan pesakit kritikal.

Lebih lima minggu berlalu sejak serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberitahu media AS “mungkin” ada rundingan untuk membebaskan kira-kira 240 tebusan ditahan pejuang Palestin, dipercayai di Gaza.

Tetapi Netanyahu yang digesa berusaha membebaskan tebusan terbabit, tidak memberikan butiran lanjut.

“Semakin kurang saya bercakap mengenainya, makin tinggi peluang untuk saya menjayakannya,” katanya kepada NBC.

Di Gaza, hospital Al-Shifa terperangkap dengan serangan darat Israel yang menyasarkan Hamas, dengan kawasan hospital berkali-kali diserang bom, yang turut memusnahkan satu wad semalam.

Tentera Israel menafikan mereka sengaja menyasarkan hospital dan terus-terusan mendakwa pejuang Hamas menggunakan pusat perubatan atau terowong bawah tanah sebagai tempat persembunyian – di mana ia dinafikan oleh Hamas.

Rakyat Palestin yang berlindung di hospital dan pesakit di hospital Al-Qus semakin bimbang jima hospital terputus bekalan elektrik akibat kehabisan petrol untuk generator, kata Palang Merah Palestin.

Setakat ini 11,180 penduduk Gaza maut akibat kempen perang dilakukan tentera Israel. – AFP, 13 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen