Sekolah Yahudi di Montreal ditembak


Seluruh dunia memberi perhatian kepada isu Palestin yang diceroboh dan diserang Israel dengan demonstrasi mendesak pembebasan Palesti diadakan di seluruh dunia sejak 7 Oktober. – Gambar AFP, 13 November, 2023.

SEBUAH sekolah Yahudi di Montreal ditembak semalam, dan ini adalah insiden kedua minggu ini susulan ketegangan kekal tinggi Kanada berhubung perang Israel terhadap Palestin, kata polis.

Jurucakap polis Veronique Dubuc tiada individu ditembak di sekolah Yeshiva Gedola ketika tembakan kedengaran pada jam 5 pagi waktu tempatan, dan tidak ada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Polis menemui peluru di kawasan hadapan sekolah dan kelongsong peluru di tanah, kata Dubuc.

Inisiden itu berlaku hanya selang dua hari selepas sebuah lagi sekolah Yahudi di Montreal, bandar kedua terbesar di Kanada, ditembak dan tiada kematian dilaporkan.

“Serangan ini menunjukkan situasi semakin serius dan tegang,” kata jurucakap sekolah Lionel Perez pada sidang media.

Awal minggu ini, gereja Yahudi di Montreal mengalami kerosakan kecil dalam satu insiden bom, dan tiga pelajar cedera ketika kumpulan pro Palestin bertembung kumpulan pro Israel di Universiti Concordia.

Perdana Menteri Justin Trudeau dan premier Quebec Francois Legault mengutuk keganasan itu.

Pejuang Hamas bangkit menyerang Yahudi pada 7 Oktober dengan kira-kira 1,200 dilaporkan maut.

Manakala di Gaza, lebih 11,100 maut dengan separuh daripadanya adalah kanak-kanak akibat dibom bertubi-tubi oleh Israel. – AFP, 13 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen