PESAWAT juang Israel melancarkan serangan terhadap “infrastruktur pengganas” di Syria dalam serangan balas terhadap tembakan lintas sempadan dari Bukit Golan, kata tentera pada Ahad.
“Sebentar tadi, serang balas terhadap serangan dari Bukit Golan semalam (Sabtu), pesawat juang IDF (Tentera Pertahanan Israel) melancarkan serangan ke atas infrastruktur pengganas di Syria,” kata tentera menerusi Telegram.
Pada Sabtu, tentera berkata dua roket ditembak dari arah Syria mendarat di kawasan tidak berpenduduk di Bukit Golan dan amaran serangan roket sudah dibunyikan di kawasan itu.
Israel turut menyerang sasaran di Syria pada Jumaat selepas dron dilancarkan terhempas di sebuah sekolah di bandar Eilat.
Israel menakluk sebahagian besar Bukit Golan dalam Perang Enam Hari 1967 sebelum mengilhanya, tindakan yang tidak diiktiraf Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Kejadian tembakan lintas sempadan juga sering berlaku di sempadannya dengan Lubnan, ketika Israel terus memperhebatkan serangan ke atas Hamas di Gaza. – AFP, 12 November, 2023.
Komen