SEBUAH pesawat tentera Amerika terhempas selepas mengalami “kemalangan kecil” ketika latihan di timur Mediterranean, kata Pusat Arahan AS Eropah (EUCOM) pada Sabtu.
Kenyataan bagaimanapun tidak menyebut jenis pesawat atau lokasi ia berlepas, tetapi AS mengerahkan pesawat membawa kumpulan serangan ke kawasan tersebut dalam usaha mengekang perang Israel-Hamas merebak menjadi konflik rantau.
“Pada petang 10 November, sebuah pesawat tentera AS yang sedang melakukan operasi latihan di timur Mediterranean mengalami kemalangan kecil dan terhempas,” kata EUCOM dalam satu kenyataan yang turut tidak memaklumkan nasib anak kapal.
“Kami dengan yakin boleh mengatakan yang kejadian itu berkaitan dengan latihan dan tiada petunjuk berlakunya aktiviti membinasakan,” kata kenyataan lagi, menambah: “Punca kemalangan itu sedang disiasat.”
Washington mengerahkan sokongan tentera ke Israel dan memperkukuh kehadirannya di rantau itu- termasuk kapal pembawa pesawat USS Gerald R Ford dan kapal perang lain- selepas Hamas melakukan serangan mengejut dari Gaza pada 7 Oktober yang menurut pegawai Israel membunuh 1,200 orang.
Tentera Israel kemudiannya melakukan serangan balas melalui udara, darat dan laut ke Gaza yang menyebabkan 11,000 terbunuh. – AFP, 12 November, 2023.
Komen