Pemimpin Islam tak sepakat tekan Israel


Sidang Kemuncak Tergempar OIC di Riyadh dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang juga perdana menteri Arab Saudi. – Gambar EPA, 12 November, 2023.

PARA pemimpin Islam dan Arab semalam mengutuk tindakan kejam Israel di Gaza tetapi gagal mencapai kata sepakat untuk mengenakan sebarang tekanan ekonomi atau politik.

Sidang Kemuncak Tergempar OIC di Riyadh, Arab Saudi semalam menyerlahkan perpecahan dalam kalangan pemimpin rantau Arab dalam usaha menangani konflik Palestin-Israel meski timbul kebimbangan perang itu boleh merebak ke negara lain.

Sidang itu diadakan bagi membincangkan serangan berterusan Israel ke atas Gaza yang sehingga kini telah meragut lebih 11,000 nyawa kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Deklarasi yang dimuktamadkan semalam menolak dakwaan Israel bahawa serangan rejim itu ke atas Gaza terpaksa dilakukan bagi mempertahankan diri.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga didesak supaya menerima resolusi yang ‘tegas dan mengikat’ untuk menghentikan pencerobohan Israel.

Pemimpin OIC selain itu menggesa penjualan senjata kepada Israel dihentikan serta menolak sebarang resolusi politik masa depan terhadap konflik yang akan memisahkan Gaza daripada Tebing Barat yang diduduki Israel.

Deklarasi yang dimuktamadkan semalam menolak dakwaan Israel yang rejim itu terpaksa bertindak kejam kerana mempertahan diri.

Pemimpin OIC menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima resolusi yang tegas dan mengikat, untuk menghentikan pencerobohan Israel.

Sidang kemuncak tergempar itu dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang juga perdana menteri Arab Saudi.

Pada sidang tersebut, Mohammed bin Salman, yang sebelum ini mempertimbang untuk menjalin hubungan diplomatik secara rasmi dengan Israel, berkata rejim itu bertanggungjawab ke atas jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. – AFP, 12 November, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen