Mahkamah tolak usaha larang Trump tanding di Minnesota


Tuntutan mahkamah itu cuba mencabar Trump daripada disenaraikan dalam kertas undi awal dan kertas undi pilihan raya umum 2024. – Gambar AFP, 9 November, 2023.

MAHKAMAH Agung Minnesota menolak usaha mengeluarkan nama bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump daripada kertas undi pilihan raya awal di negeri itu.

Ini berikutan dakwaan kaitan beliau dengan rusuhan di Capitol pada 6 Januari, menurut satu perintah mahkamah, lapor Sputnik.

“Berkenaan dengan satu-satunya isu di hadapan kami pada masa ini, kami menyimpulkan bahawa…tiada ‘kesilapan’ untuk diperbetulkan mengenai pilihan raya presiden jika nama bekas presiden Trump dimasukkan dalam kertas undi pemilihan presiden,” menurut perintah mahkamah yang difailkan pada Rabu.

Tuntutan mahkamah itu cuba mencabar Trump daripada namanya muncul pada kertas undi awal dan kertas undi pilihan raya umum 2024 berdasarkan hujah bahawa penglibatannya dalam rusuhan di Capitol menyebabkan beliau tidak layak memegang jawatan awam.

Satu lagi kes serupa sedang berjalan di negeri Colorado.

Bagaimanapun, pempetisyen masih boleh mengeluarkan nama Trump daripada kertas undi pilihan raya umum pada masa hadapan, kata perintah itu.

Sementara itu, jurucakap kempen Trump, Steven Cheung dalam satu kenyataan berkata keputusan mahkamah itu mengesahkan sebarang usaha mencabar akses Trump ke kertas undi adalah tidak sah dan merupakan usaha strategik untuk campur tangan dalam pilihan raya 2024. – Bernama, 9 November, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen