Syed Saddiq dipenjara 7 tahun, denda RM10 juta, 2 sebatan rotan


Noel Achariam

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah hari ini atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Armada. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 9 November, 2023.

MAHKAMAH Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan ke atas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas beliau didapati bersalah hari ini atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Hakim Azhar Abdul Hamid berkata bagi kes pecah amanah jenayah, ahli Parlimen Muar itu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan.

“Syed Saddiq juga dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana penyelewengan aset dan satu sebatan,” katanya.

Bagi dua pertuduhan kes pengubahan wang haram, Azhar berkata beliau masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM5 juta bagi setiap pertuduhan.

Beliau berkata dua hukuman bekas Menteri Belia dan Sukan itu dijalankan serentak.

Azhar membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman penjara dan denda. – 9 November, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen