RAYUAN bekas presiden Perancis Nicolas Sarkozy terhadap sabitan penjara setahun ke atasnya pada 2021 atas pertuduhan pembiayaan haram semasa pilihan raya bermula semalam, lapor agensi berita Jerman.
Perbicaraan rayuan itu bermula pada 1.30 tengah hari semalam di Paris.
Dua tahun lepas ahli politik konservatif itu dijatuhi hukuman tahanan rumah selama setahun dan dipasang tag elektronik.
Mahkamah memutuskan Sarkozy, presiden Perancis dari 2007 hingga 2012 berbelanja melebihi had kempen pada 2012 semasa bertanding semula pada pilihan raya. Beliau tewas dalam cubaan itu.
Untuk menyembunyikan perbelanjaan tambahan, parti UMP miliknya – yang dinamakan semula sebagai The Republicans – dikatakan menggunakan sistem invois palsu.
Walaupun Sarkozy, 68, dikatakan tidak mencipta sistem itu, mahkamah mendapati beliau gagal dalam tanggungjawabnya untuk memantau perbelanjaan. – Bernama, 9 November, 2023.
Komen