Mahkamah EU kekalkan sekatan ke atas 'orang terdekat Putin'


MAHKAMAH Kesatuan Eropah semalam mengekalkan sekatan yang dikenakan ke atas ahli perniagaan Rusia Dmitry Arkadievich Mazepin yang merayu terhadap pembekuan asetnya di kesatuan itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Aset Mazepin, pemilik dan ketua syarikat bahan kimia Uralchem dibekukan dan beliau dilarang daripada memasuki atau transit melalui blok itu kerana hubungannya dengan Kremlin.

Beliau dikatakan hadir pada pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin bersama eksekutif Rusia yang lain pada Februari 2022 semasa peringkat awal pencerobohan skala penuh Ukraine oleh Moscow.  

Bagi EU ini menunjukkan Mazepin “adalah orang terdekat Presiden Putin”, tokoh perniagaan terkemuka Rusia yang menyokong dasar Rusia terhadap Ukraine, menurut kenyataan akhbar.

Mahkamah Agung menolak rayuan Mazepin dengan alasan langkah yang dikenakan ke atas ahli perniagaan itu berasas dan wajar.

Mazepin boleh merayu terhadap keputusan itu di mahkamah tertinggi EU, Mahkamah Keadilan Eropah. – Bernama, 9 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen