Peruntukan pembangkang, Anwar minta bincang dengan baik 


Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta pembangkang untuk berbincang secara baik dengan wakil kerajaan berkaitan peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang.– Gambar fail The Malaysian Insight, 8 November, 2023.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim meminta pembangkang untuk berbincang secara baik dengan wakil kerajaan berkaitan peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang.

“Bincang dengan baik, jangan sombong,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Kolokium MADANI Perkhidmatan Awam, di Putrajaya hari ini.

Anwar berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim yang mendakwa kerajaan menggalakkan rasuah dengan meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Sabtu lepas, Anwar meminta ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Ditanya ketika itu mengenai dakwaan terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi ahli Parlimen pembangkang sekiranya ingin membuat membuat permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing, Anwar berkata: “Tiada”. – Bernama, 8 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen