PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden dan rakan sejawatnya dari China Xi Jinping merancang untuk mengadakan pertemuan dua hala pada 15 November di San Francisco, memetik laporan Agensi Berita Jepun, Kyodo pada Rabu.
Menurut sumber rasmi, kedua-dua pihak sedang membuat persiapan terakhir untuk pertemuan yang dijangka berlangsung di luar sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Bagaimanapun, China belum mengesahkan penyertaan rasmi Xi dalam sidang berkenaan, lapor Kyodo.
Minggu lalu, Timbalan Setiausaha Akhbar White House, Emilie Simons berkata pada dasarnya Amerika Syarikat dan China bersetuju untuk mengadakan pertemuan berkenaan di luar Sidang Kemuncak APEC di San Francisco. – Bernama, 8 November, 2023.
Komen