Penduduk Kampung Sungai Baru minta PM kaji semula nilai tanah


Noel Achariam

Ketua Jawatankuasa Bertindak Kampung Sungai Baru Lele Suzana dan bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad memberi taklimat kepada penduduk Kampung Sungai Baru berkenaan tanah mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 8 November, 2023.

PENDUDUK Kampung Sungai Baru menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantu dalam menyelesaikan masalah dihadapi mereka sejak sekian lama dan melihat semula nilai semasa tanah mereka.

Ketua Jawatankuasa Bertindak Kampung Sungai Baru Lele Suzana berkata beliau dan bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad ada bertemu Anwar di Parlimen semalam.

Lele berkata beliau memaklumkan masalah dihadapi penduduk kepada Anwar.

“Anwar beritahu jika berkenaan nilai tanah, beliau boleh bantu.

“Berdasarkan kepada apa yang Anwar beritahu itu beliau akan melihat semula isu ini (harga tanah),” katanya kepada media di Rukun Tetangga Kampung Sungai Baru hari ini. – 8 November, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen