Wartawan Palestin, keluarga terbunuh dalam serangan udara Israel


Rakyat Palestin yang cedera menerima rawatan di Hospital Al-Shifa di Gaza. Sejak 7 Oktober lalu sekurang-kurangnya 49 wartawan di Semenanjung Gaza terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel ke atas orang awam. – Gambar AFP, 9 November 2023.

WARTAWAN Agensi Berita WAFA Mohammad Abu Hasira dilaporkan terbunuh selepas kediamannya di Bandar Gaza dibom tentera penceroboh Israel.

Abu Hasira dan 42 ahli keluarga yang lain termasuk anak lelakinya terkorban dalam insiden itu, menurut WAFA.

Beberapa hari sebelum itu seorang lagi wartawan Mohammad Hamouda dan keluarganya cedera selepas rumahnya menjadi sasaran serangan tentera Israel.

Serangan itu turut menyebabkan isterinya cedera parah dan mata kirinya buta manakala kaki anak sulungnya terpaksa dipotong.

Sejak 7 Oktober lalu sekurang-kurangnya 49 wartawan di Semenanjung Gaza terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel ke atas orang awam. – Bernama, 9 November 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen