PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau membuat keputusan untuk menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) minggu ini.
Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada pertimbangan untuk mengekalkan hubungan diplomatik dan keamanan, serta menegaskan beliau tidak berganjak dalam mempertahankan keadilan dan perjuangan rakyat Palestin.
Anwar berkata persidangan itu yang akan diadakan dari 11 hingga 17 November akan turut dihadiri negara Asean lain serta anggota Apec atas jemputan Presiden AS Joe Biden.
“Saya memutuskan untuk hadir persidangan Apec, yang akan dihadiri semua negara Asean atas jemputan Presiden AS Joe Biden.
“Sudah tentu keputusan ini mungkin tidak menyenangkan bagi sesetengah pihak.
“Jangan hokum saya pro-Israel hanya sebab saya menghadiri Apec, kerana sebagai perdana menteri saya perlu jaga kepentingan negara ini, nak jaga keselamatan, ekonomi dan kesenangannya,” katanya hari ini pada perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan di Putrajaya. – 7 November, 2023.
Komen