TIGA orang maut selepas pesawat kecil dinaiki mereka dalam operasi memadamkan kebakaran hutan di utara Australia terhempas pada Sabtu, kata perkhidmatan kecemasan.
Pesawat itu terhempas di bandar McKinlay, lebih kurang 1,600 km dari Brisbane.
Ia digunakan dalam memetakan kebakaran, kata pihak berkuasa, ketika puluhan kebakaran hutan berlaku di seluruh negeri itu.
“Sangat menyedihkan yang tiga pejuang yang bekerja membantu rakyat Australia terkorban di Queensland,” kata Perdana Menteri Anthony Albanese di X.
“Ia satu peringatan tragis tentang bahaya dihadapi petugas barisan hadapan yang memadamkan kebakaran hutan.”
Punca kemalangan belum dikenalpasti dan akan disiasat Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.
Australia berdepan musim kebakaran hutan paling hebat sejak 2019-2020, dengan beberapa siri kebakaran berlaku di kawasan timur negara itu. – AFP, 5 November, 2023.
Komen