26 maut dalam kebakaran klinik pemulihan di Iran 


SEKURANG-kurangnya 26 orang maut dan 18 lagi cedera dalam  kebakaran di klinik pemulihan dadah di Iran pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa memetik laporan media tempatan.

Kebakaran itu berlaku di Langarud, sebuah bandar raya di utara Iran.

Punca kebakaran belum dikenal pasti, lapor agensi berita ISNA, memetik pihak berkuasa tempatan.

Lima lagi dilaporkan hilang. – Bernama, 4 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen