Israel desak serangan ke atas Gaza City selepas AS gesa hentikan sementara


Israel mula mengusir beribu-ribu pekerja Palestin pulang ke Gaza, walaupun pertempuran dan serangan Udara berterusan.– Gambar EPA, 4 November, 2023.

SETIAUSAHA Negara AS Antony Blinken meninggalkan Israel dengan tangan kosong pada Jumaat selepas menggesa para pemimpinnya untuk lakukan lebih banyak tindakan bagi melindungi orang awam Palestin di Gaza ketika perang untuk memusnahkan Hamas.

Pada Sabtu, beliau dijadual mengadakan rundingan di negara jiran Jordan dengan menteri luar lima negara Arab yang menyatakan kebimbangan dan kemarahan semakin meningkat terhadap jumlah kematian orang awam akibat konflik itu, yang kini memasuki minggu kelima.

Selepas bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Blinken berkata beliau telah membincangkan idea “humanitarian pause” untuk mendapatkan pembebasan tebusan dan membolehkan bantuan diagihkan kepada penduduk Gaza yang terkepung.

“Kami percaya bahawa setiap usaha ini akan dibantu oleh humanitarium pause, dengan pengaturan di lapangan yang meningkatkan keselamatan untuk orang awam dan membenarkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang lebih berkesan dan berterusan,” kata Blinken kepada wartawan.

Beliau turut mengulangi sokongan lama Washington untuk pengiktirafan negara Palestin: “Dua negeri untuk dua orang. Sekali lagi, itu adalah satu-satunya cara untuk memastikan keselamatan yang berkekalan untuk Yahudi dan Israel demokratik.”

Netanyahu bagaimanapun memberi amaran tidak mungkin ada “gencatan senjata sementara” di Gaza melainkan Hamas membebaskan kira-kira 241 tebusan Israel dan asing yang ditawan semasa serangan 7 Oktober.

Kedua-dua Israel dan Amerika Syarikat sebelum ini telah menolak gencatan senjata menyeluruh, yang menurut mereka akan membolehkan Hamas berkumpul semula dan menambah semula bekalan, namun Presiden AS Joe Biden menyokong gencatan “sementara, setempat”.

Sementara itu, Israel mula mengusir beribu-ribu pekerja Palestin pulang ke Gaza, walaupun pertempuran dan serangan udara berterusan yang telah membunuh beribu-ribu orang awam.

Tentera Israel telah menggesa penduduk Gaza menuju ke selatan dari Gaza City ke hujung selatan wilayah itu untuk melarikan diri daripada pertempuran terburuk, tetapi kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas berkata  14 orang Palestin yang melarikan diri, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh dalam perjalanan itu.

Saksi berkata, serangan berlaku di jalan pantai Gaza, yang menjadi laluan ke selatan. – AFP, 4 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen